Pricing for all Alcohol, Sanitizer and Disinfectant will depend on the Alcohol market price adjusted up and down without prior notice. When the price goes up, order stock that you need, when the price is down keep more stock. Thank you.

所有酒精, 消毒剂和消毒产品的价格均取决于上,下调的酒精市场价格,恕不另行通知。 价格上涨时,订购所需的库存,价格下跌时,保留更多的库存。 谢谢。

Harga untuk semua Alkohol, Sanitizer dan Disinfektan akan bergantung pada harga pasaran Alkohol yang di selaraskan naik dan turun tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Apabila harganya naik, pesan stok yang anda perlukan, ketika harga turun simpan lebih banyak stok. Terima kasih.

Important : Alcohol Prices will be update from time to time depending the stock available and batches, all update 12.00 midnight.

Filters

Filters

BF1 Kilang Pati Minyak Wangi Badan (BFO) merupakan bahan utama untuk menghasilkan Minyak Wangi EDP atau Minyak Wangi Tanpa Alkohol. Pati Minyak Wangi Badan (BFO) dibuat daripada bahan sintetik yang selamat dan boleh disapu pada kulit tanpa kesan sampingan.

Harga Pati Minyak Wangi seperti berikut :

Pati Minyak Wangi 10ml = RM10.00

Pati Minyak Wangi 50ml = RM40.00

Pati Minyak Wangi 250ml = RM45.00

Pati Minyak Wangi 500ml = RM90.00

Pati Minyak Wangi 1000ml = RM180.00

Cara Pembuatan Minyak Wangi EDP

Pembuatan Minyak Wangi EDP ( Mengandungi Alkohol )

Bancuh 50%-70% Pati Minyak Wangi bersama 30%-50% Perfume EDP Solution ( Mengandungi Alkohol ) untuk menjadikan Minyak Wangi Eau De Parfum (EDP). Ketahanan Minyak Wangi bergantung kepada peratusan formulasi dari 8 hingga 24 jam.

Cara Pembuatan Minyak Wangi Tanpa Alkohol

Pembuatan Minyak Wangi ( Tanpa Alkohol )

Bancuh 50%-70% Pati Minyak Wangi bersama 30%-50% Perfume Solution ( Non Alcohol ) untuk menjadikan Minyak Wangi ( Tanpa Alkohol ). Ketahanan Minyak Wangi bergantung kepada peratusan formulasi dari 8 hingga 24 jam.

* Muka, Badan atau produk kosmetik : masukkan 2% – 5% ke dalam formulasi anda.

* Pembuatan Sabun : masukkan 5% – 10% ke dalam formulasi anda.

* Pembuatan Lilin : masukkan 5% – 10% ke dalam formulasi anda.

* Minyak Urut : masukkan 2% – 5% ke dalam formulasi anda.

* Penyegar Udara : masukkan 20%-50% ke dalam formulasi anda.

Nota : Anda boleh tambah Penaik Wangian untuk menaikkan Top Note, Middle Note atau Lasting Note untuk menaikkan lagi bau Pati Minyak Wangi.